HARI KEENAM
4 NOVEMBER 2009 (AHAD)
Saya menerima panggilan daripada En.Osman pada pukul 8.30 pagi mengatakan yang saya perlu berkemas dan mendaftar keluar daripada hotel kerana En.Osman dalam perjalanan untuk membawa saya ke stesen teksi kerana saya perlu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris untuk penerbangan balik ke Malaysia. Pn. Zarina menelefon saya memberitahu yang penagguhan tiket penerbangan balik tidak mendapat mengesahan daripada pihak Malaysia Airlines. Oleh itu, saya perlu bergegas ke lapangan terbang yang mana penerbangan asal pada pukul 12 tengahari. saya berkemas dengan cepatnya dan 10 minit selepas itu, En.Osman sedang menunggu di lobi hotel. Selepas mendaftar keluar, saya dibawa ke stesen teksi dan En.Osman membantu saya mendapatkan teksi untuk ke Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris. En. Osman tidak dapat menghantar saya kerana pada hari tersebut, Kedutaan Malaysia mahupun National Commission Malaysia sangat sibuk menguruskan hal-hal mengenai kedatangan Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan menteri-menteri ke Paris untuk Majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia dan diikuti oleh UNESCO General Conference.
Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa yang ajak lama kerana tersekat dalam kesibukan jalan raya memandangkan pada hari ini kebanyakan ketua-ketua negara akan menghadiri persidangan UNESCO General Conference. Saya berasa sangat risau memikirkan keadaan pada masa itu kerana masa berlepas semakin hampir. Syukur alhamdullillah, saya masih mempunyai masa. Dengan cepatnya saya ke kaunter Malaysia Airlines dan mencari En. Azlan seperti yang diminta oleh Pn. Zarina untuk bertanyakan mengenai tiket saya. Malangnya, kelibat En. Azlan tiada disitu. Saya perlu memikirkan jalan penyelesaian dan saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang berada di situ tetapi dia tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan membawa saya berjumpa dengan seorang lelaki yang pada pendapat saya adalah ketua yang mengurus di situ (di kaunter Malaysia Airlines). Dia sangat peramah orangnya dan membantu saya mengesahkan tarikh sebenar penerbangan balik ke Malaysia. Alhamdulillah, penerbangan saya adalah pada keesokan hari. Saya berasa sangat lega kerana semasa di dalam teksi, saya teringat yang saya terlupa mengambil kot UKM yang tergantung di dalam almari di Citadens Hotel kerana berkemas dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk kembali ke hotel sebelum ke rumah Pn. Zarina dengan menaiki METRO kerana tiket perjalanan lebih murah yang hanya berharga 8.60 EURO berbanding menaiki teksi yang mana dikenakan bayaran sebanyak 70 EURO. Perjalanan balik ke hotel juga sangat mencabar kerana saya hampir sesat. Saya perlu bergerak ke terminal 3 untuk menaiki METRO yang mana saya perlu menaiki keretapi dahulu untuk ke sana. Setibanya saya ke terminal 3, saya ke bahagian kaunter pertanyaan untuk mendapatkan peta dan petunjuk arah ke stesen La Motte Picquet Grenelle yang berhadapan dengan Citadens Hotel. Selepas mendapatkan tiket, saya begerak ke stesen tersebut dan menunggu ketibaan keretapi METRO. Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengahari tetapi saya masih belum menjamah makanan mahupun minuman. Saya membeli air mineral yang terdapat di dalam mesin yang berharga 2 EURO sebotol, (mahal tu..RM10)
Keretapi tiba beberapa minit kemudian. Akhirnya saya dapat merehatkan diri seketika kerana perlu melalui lebih kurang 10 stesen sebelum tiba di stesen yang mana memerlukan saya bertukar keretapi dan bergerak ke stesen yang lain untuk sampai ke stesen La Motte Picquet Grenelle. Syukur alhamdullillah kerana sepanjang saya berjalan untuk ke pertukaran stesen yang mana memerlukan saya menaiki dan menuruni tangga yang agak tinggi, saya dibantu oleh beberapa lelaki Perancis yang mengangkat beg yang sememangnya besar dan berat. Akhirnya saya selamat sampai di Citadens Hotel. Selepas memberitahu masalah saya kepada pekerja hotel, mereka membantu saya mendapatkan kembali kot yang dipertanggungjawabkan oleh UKM kepada saya. Saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk mendapatkan petunjuk arah untuk ke rumah Pn. Zarina yang terletak berdekatan stesen Porte de Versailles. Saya menggunakan telefon hotel untuk menelefon ibubapa Pn. Zarina yang berada di rumah untuk memberitahu yang saya akan kesana. Nasib saya baik kerana mereka tidak mengenakan apa-apa bayaran kerana menggunakan telefon mereka memandangkan telefon saya sudah kehabisan kredit.
Selepas itu, saya ke sebuah restoran berdekatan dengan hotel untuk membeli makanan tengahari. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang dan saya perlu segera sampai di rumah Pn. Zarina kerana saya akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka bersama Perdana Menteri pada sebelah petangnya. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah pada awalnya sehinggalah saya perlu bertukar stesen dan ini membuatkan saya sedikit keliru dengan laluan di sana. Saya meminta bantuan daripada beberapa orang tetapi malangnya mereka juga tidak berapa tahu mengenai tempat tersebut sehinggalah terdapat seorang lelaki budiman yang membantu saya mendapat jalan menggunakan GPRS di telefon bimbitnya. Kebanyakan penduduk di Paris sangat peramah dan akan membantu sebaik mungkin sekiranya kita memerlukan bantuan. Akhirnya saya selamat tiba di stesen Porte de Versailles. Saya melihat bapa Pn. Zarina yang saya panggil ‘papa’ bersama dengan anak Pn. Zarina iaitu Lisa sedang menunggu saya. Kami berjalan ke apartmen mereka.
Setibanya saya di rumah, ibu Pn. Zarina yang dipanggil dengan panggilan ‘mummy’ menyambut saya dan memberitahu betapa risaunya mereka kerana tidak mendapat khabar mengenai saya sehinggalah saya menelefon mereka tengahari tadi. ‘Mummy’ menghidangkan nasi goreng yang tidak dapat saya tolak kerana betapa rindunya saya dengan makanan Malaysia terutama sekali masakan rumah. Selepas makan, saya membersihkan diri dan melayan kerenah Lisa yang sangat bijak bercakap walaupun baru berumur 9 tahun. Walaupun penat, saya tetap melayannya kerana kelihatannya Lisa sangat gembira mendapat tetamu untuk berkongsi segala jenis cerita. Tidak lama kemudian, Pn. Zarina pulang ke rumah dan memberitahu yang kami semua akan ke majlis tersebut dalam pukul 5 petang. Kami kesana dengan menaiki bas.


with Pn.Zarina(kak na) sekeluarga

Lisa, a cute girl. knows 4 languages: Malay, English, Thai n France
Menghadiri sambutan Rumah Terbuka sebegini adalah pengalaman yang sangat berharga. Saya juga turut beramah mesra dengan beberapa pelajar Malaysia yang belajar di sana. Saya juga turut membantu melancarkan majlis dengan membantu Chef Pak Lah yang dibawa khas dari Hotel Maya Kuala Lumpur menyediakan makanan dan membantu melayan tetamu yang hadir kerana mereka tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup. Saya tidak berpeluang untuk bersua muka dengan Perdana Menteri kerana keadaan yang sangat sibuk. Satu kerugian bagi saya kerana ini adalah peluang keemasan untuk bertemu dengan Ketua Negara kita. Dalam pukul 9 malam kami pulang ke rumah. Saya merehatkan diri kerana awal pagi esok saya akan meninggalkan bumi Paris yang serba indah dan membawa balik seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidupku.
with 'papa' n 'mummy'

roti canai ni kena potong 4 then bg kat tetamu 2 bhgn sorang, klo mintk lebih br bg.. cian tgk dorang2 ni, kempunan makanan malaysia...haha

sebagai ingatan, kak Na hadiahkan kot tu...huhu...tq kakNa!!
miss u, lisa, mummy n papa so much!!
I will never forget u all.
madeehamuhammad.blogspot.com